LC LC #LOVECANDY




Putih gebu dalam masa 14 hari! Wow, cepatnya!

Gula-Gula Cinta LCLC menggabungkan ekstrak buah-buahan antioksida berupaya memutihkan kulit, menganjal & menggebukan, selain menyeimbangkan berat badan ideal!

2 biji di awal pagi & 2 biji di waktu malam (sebelum makan) selama 14 hari mampu memberikan perubahan ketara kpd korang!

Haa dapatkan Gula-gula Cinta serendah RM70 (tidak termasuk kos pos) sebotol dari stokis sah Mohd Fuad (0193933529 | Ann 0105752945) atau boleh oder terus pada saya.Stok terhad kerana permintaan yg tinggi, order cepat tau!

#GulaGulaCinta
#LCLC
#AfiyaKualaLumpur
#ProjekTravel
#PTxLCLC

Pengasas Termuda, Mia Sara Lancar Koleksi Jenama Sendiri MS COUTURE





Setelah tujuh tahun berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, pelakon Mia Sara melancarkan rangkaian tudung, baju kurung dan jubah di bawah jenamanya sendiri MS COUTURE yang telah diadakan di Hotel Royal Kuala Kumpur baru-baru ini. 

Mia Sara (11 tahun) berkata, idea untuk perniagaan tudung tersebut bermula daripada penghijrahannya ke arah kehidupan muslimah pada Disember 2015 yang lalu. 

"Saya mula menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak mula bertudung selepas pulang daripada umrah Januari lalu. Kemudian ia berkembang ke jubah dan baju kurung. Ia juga merupakan salah satu matlamat jangka masa panjang dan masa depan untuk mempunyai perniagaan dengan jenama sendiri," ujar Mia Sara pada majlis pelancaran MS COUTURE by Mia Sara. 
Tambah Mia, terdapat tiga jenis tudung dengan kualiti terbaik yang didatangkan khas untuk ibu dan anak. Antaranya Muna Sumiyah, Shuhrah dan Mahabbah. 

"Buat masa ini kami mempunyai tiga jenis tudung iaitu Muna Samiyah iaitu tudung satu muka untuk kanak-kanak, Shuhrah iaitu tudung dua muka untuk kanak-kanak dan dewasa (tidak berbatu). Manakala, Mahabbah pula menampilkan ciri tudung dua muka untuk kanak-kanak dan dewasa (berbatu)," ujarnya. Kesemua tudung ini diperbuat dengan kain jenis lycra iaitu lycra printed, lycra cotton dan lycra denim. 

Selain itu, MS COUTURE juga tampil dengan rekaan eksklusif tiga jenis jubah iaitu Marissa, Sofia dan Madeena. Marisa merupakan jubah potongan A dan diperincikan dengan rekaan cape. Sofea pula merupakan jubah kanak-kanak dan dewasa diperincikan dengan corak abstrak moden, menggunakan fabrik oriental velvet. Madeena tampil dengan rekaan jubah potongan A dan diperincikan dengan tail kembang di hujung lengan menggunakan fabrik como crepe. 

MS Couture turut menyediakan baju kurung moden Samira potongan fish tail dan skirt potongan pensil dengan menggunakan fabrik- cotton plain dan bercorak kualiti tinggi. 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Liyana Jasmay dan Ekin AF.












Pelancaran Inspirasi Raya 2016 Anzel Scarf By Anzalna & Abang Terlajak Laris (ATL)



Kepesatan perniagaan secara atas talian terutamanya hijab membuatkan pelakon Anzalna Nasir memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan hijab.  Selain ingin memberi ruang kepada pengikut dan peminatnya untuk berniaga, Anzalna juga menganggap idea ini dapat memberikan kesempatan buat dirinya untuk berhijab satu hari nanti.

Kekuatan strategi pemasaran Anzel Scarf dapat dilihat apabila jenama ini menggabungkan dua ikon terkemuka negara Anzalna Nasir dan Dato Aliff Syukri, jutawan kosmetik negara.  Ini memberi peluang yang cerah kepada para pengedar Anzel Scarf bagi mendapat latihan secara percuma dan eksklusif daripada Dato Aliff Syukri dan seterusnya meningkatkan jumlah jualan.
 


 
Anzel Scarf menampilkan dua rekaan iaitu plain dan bercorak dengan perincian kristal dengan sebanyak 75 rekaan. Buat masa ini Anzel Scarf mempunyai tujuh master stokis di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan. 

Sementara itu, majlis turut menampilkan jenama baju Abang Terlajak Laris (ATL) pula dengan koleksi terbaharu jubah dan kurta kasual sempena hari raya Aidilfitri akan datang. 

Jubah ATL menawarkan tiga rekaan terbaik dengan menggunakan kain jenis cotton viscose, manakala Kurta ATL rekaan Fadli Sidek pula menampilkan dua pilihan corak iaitu polos dan batik bercirikan Islamik moden (motif arabesque). Menurut pengasasnya, Dato Aliff Syukri, Jubah ATL menggunakan kain berkualiti tinggi dan sejuk sesuai untuk dipakai mengikut cuaca di negara ini, manakala kurta batik ATL pula menggunakan kaedah batik tumpat. 

Selain itu, ATL turut memperkenalkan jubah untuk wanita dan kanak-kanak perempuan yang menampilkan rekaan polos dengan perincian swaroski.  Tidak ketinggalan juga, ATL menampilkan baju kurung model sedondon ibu dan anak yang menggunakan corak abstrak. 


Majlis ini turut memperkenalkan jubah Kurta Zukiee yang merupakan inspirasi daripada selebriti media sosial terkenal Zukiee. Jubah itu juga menggunakan kain berkualiti tinggi dan sejuk dipakai.  Menurut Zukiee, dia mendapat ilham apabila ramai anak muda yang gemar memakai fesyen tersebut yang lebih ringgas dan mudah untuk dipakai di mana-mana majlis.  Kurta Zukiee menawarkan tiga rekaan dengan enam warna berbeza semestinya menarik perhatian golongan muda untuk menggayakannya. 

Vermillion Essence Mist Tegangkan Kulit Kurang dari 5 minit!


Perkembangan dan permintaan masyarakat terhadap produk kecantikan dalaman dan luaran kini seolah-olah menjadi satu fenomena baru di Malaysia. Melihat kepada permintaan yang menggalakkan, Ezzaty Abdullah bersama tunangannya aktor Azwan Kombos tampil dengan produk kosmetik baharu yang istimewa buat kaum wanita pada majlis pelancaran pada 31 Mei 2016 lalu di Floral Terrace Kuala Lumpur.



Vermillion Essense Mist merupakan sejenis produk anti penuaan yang mampu menghilangkan kedutan di wajah sekaligus menegang dan menganjalkan kulit. Selain itu, produk istimewa ini dapat memberi kesan pantas seawal semburan pertama.

Kandungan utama Vermillion Essence Mist ini adalah daripada buah Kigelia African Extract. Ia merupakan sejenis buah-buahan yang hanya terdapat di Afrika dan berbentuk seperti sosej. Buah ini turut bertindak sebagai ejen penyembuh kesan luka akibat terbakar.

Menurut Ezzaty, inisiatif untuk mengeluarkan produk kecantikan ini kerana merupakan satu impiannya serius berada dalam bidang perniagaan kosmetik. Katanya, dia secara tidak langsung mahu membantu para wanita dan lelaki untuk menjadi lebih cantik dan kacak tanpa perlu kosmetik yang belum pasti tahap keselamatannya.

"Saya teruja menceburkan diri dalam bisnes ini lebih-lebih lagi ia merupakan produk pertama di Malaysia. Daripada kecil memang cita-cita saya ingin mempunyai perniagaan sendiri. Saya pernah mempunyai beberapa bisnes sebelum ini tetapi gagal kerana kurang fokus, kali ini saya betul-betul serius."

Vermillion merupakan produk terbaik yang membantu kulit lebih muda dan tegang dengan pantas serta tiada kesan sampingan.



Sementara itu, Azwan Kombos berkata, impian untuk melancarkan produk ini diibaratkan seperti angan-angan menjadi nyata.

“Sejak menceburkan diri dalam perniagaan, banyak peluang dan ruang yang saya nampak di depan mata saya. Malah, idea untuk menubuhkan syarikat bersama Ezzaty Abdullah merupakan salah satu punca pendapatan kami. Produk ini bukan sekadar trend semata-mata, ia adalah satu bentuk inisiatif yang perlu dilakukan ketika masih muda. Yang penting, saya pasti Vermillion dapat membantu ramai masyarakat khususnya wanita di luar sana menjaga kesihatan kulit dan wajah.”


Vermillion Mist hadir dalam dua saiz iaitu 30ml dan juga 10ml (pek percubaan).



 





Koleksi Lebaran Benang Hijau, Versatil dan Anggun!




Benang Hijau bukanlah nama asing dalam industri fesyen tanah air. Bermula dari sebuah butik, kini Benang Hijau mempunyai hampir 30 cawangan di seluruh negara selepas 4 tahun beroperasi. Koleksi Lebaran Benang Hijau 2016 tampil dalam rona flora, pastinya menghiasi sambutan Aidilfitri dalam suasana ceria!

 Benang Hijau tampil kelainan tahun ini menerusi 20 koleksi rekaan baju serta tudung motif flora dan fauna. Turut hadir semasa majlis pelancaran yang diadakan semalam (15 Jun 2016) bertempat di Floral Terrace Kuala Lumpur; ialah barisan selebriti antaranya Faye Kushairi, Ainan Tasneem, Sherry Ibrahim & Syura.

Benang Hijau melancarkan dua koleksi eksklusif iaitu Autumn Tree Dress dan Blossom Sakura Dress yang merupakan koleksi istimewa dengan inspirasi empat musim.

Pengasas Benang Hijau, Puan Fadzilah Mamat berkata, dua koleksi itu diperbuat daripada kain yang lembut dan sesuai untuk digayakan di majlis-majlis istimewa.

"Saya sukakan gaya yang sederhana dan boleh dibawa ke mana-mana acara, dan kali ini juga kita tampil dengan dua koleksi eksklusif iaitu Autumn Tree Dress dan Blossom Sakura Dress yang boleh digayakan di majlis istimewa. Saya juga mempunyai perancangan untuk menghasilkan koleksi untuk musim panas dan musim sejuk supaya Benang Hijau boleh dipasarkan ke luar negara," ujarnya.




Antara koleksi yang digayakan pada majlis koleksi Lebaran Benang Hijau ini ialah Marissa, Maia, Mikayla, Eriqa dan Orked Kebarung.

Sementara itu, menurut Puan Fadzilah, Benang Hijau mengeluarkan lebih 10,000 helai bagi baju dan 100,000 helai tudung sempena Hari Raya Aidilfitri.

"Seperti kebiasaan setiap kedatangan Hari Raya kami akan menyediakan stok yang cukup untuk pelanggan kami. Mereka boleh dapatkan baju dan tudung Benang Hijau di website rasmi www.benanghijau.com dan 18 cawangan Benang Hijau seluruh negara dengan harga yang berpatutan," ujar beliau.




Harga bagi tudung bermula RM19 hingga ke RM79, manakala baju bermula RM99 hingga RM249.


Benang Hijau menyasarkan jualan sempena Aidilfitri kali ini sebanyak RM4 juta daripada sasaran keseluruhan RM30 juta untuk sepanjang tahun 2016.



Jom kunjungi butik Benang Hijau di seluruh negara dan dapatkan koleksi istimewa Lebaran 2016. Bolehlah digayakan paga pagi Syawal nanti!