Setelah tujuh tahun berkecimpung dalam industri
hiburan tanah air, pelakon Mia Sara melancarkan rangkaian tudung, baju
kurung dan jubah di bawah jenamanya sendiri MS COUTURE yang telah diadakan di
Hotel Royal Kuala Kumpur baru-baru ini.
Mia Sara (11 tahun) berkata, idea untuk perniagaan tudung tersebut
bermula daripada penghijrahannya ke arah kehidupan muslimah pada Disember 2015
yang lalu.
"Saya mula menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak
mula bertudung selepas pulang daripada umrah Januari lalu. Kemudian ia berkembang
ke jubah dan baju kurung. Ia juga merupakan salah satu matlamat jangka
masa panjang dan masa depan untuk mempunyai perniagaan dengan jenama
sendiri," ujar Mia Sara pada majlis pelancaran MS COUTURE by Mia Sara.
Tambah Mia, terdapat tiga jenis tudung dengan kualiti terbaik yang
didatangkan khas untuk ibu dan anak. Antaranya Muna Sumiyah, Shuhrah dan
Mahabbah.
"Buat masa ini kami mempunyai tiga jenis tudung iaitu Muna Samiyah
iaitu tudung satu muka untuk kanak-kanak, Shuhrah iaitu tudung dua muka untuk
kanak-kanak dan dewasa (tidak berbatu). Manakala, Mahabbah pula
menampilkan ciri tudung dua muka untuk kanak-kanak dan dewasa (berbatu),"
ujarnya. Kesemua tudung ini diperbuat dengan kain jenis lycra iaitu
lycra printed, lycra cotton dan lycra denim.
Selain itu, MS COUTURE juga tampil dengan rekaan eksklusif tiga jenis
jubah iaitu Marissa, Sofia dan Madeena. Marisa merupakan jubah potongan A
dan diperincikan dengan rekaan cape. Sofea pula merupakan jubah
kanak-kanak dan dewasa diperincikan dengan corak abstrak moden, menggunakan
fabrik oriental velvet. Madeena tampil dengan rekaan jubah potongan A dan
diperincikan dengan tail kembang di hujung lengan menggunakan fabrik como
crepe.
MS Couture turut menyediakan baju kurung moden Samira
potongan fish tail dan skirt potongan pensil dengan menggunakan fabrik- cotton
plain dan bercorak kualiti tinggi.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Liyana Jasmay dan Ekin
AF.