Kepesatan
perniagaan secara atas talian terutamanya hijab membuatkan pelakon
Anzalna Nasir memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan
hijab. Selain
ingin memberi ruang kepada pengikut dan peminatnya untuk berniaga,
Anzalna juga menganggap idea ini dapat memberikan kesempatan buat
dirinya untuk berhijab satu hari nanti.
Kekuatan
strategi pemasaran Anzel Scarf dapat dilihat apabila jenama ini
menggabungkan dua ikon terkemuka negara Anzalna Nasir dan Dato Aliff
Syukri, jutawan kosmetik negara. Ini
memberi peluang yang cerah kepada para pengedar Anzel Scarf bagi
mendapat latihan secara percuma dan eksklusif daripada Dato Aliff Syukri
dan seterusnya meningkatkan jumlah jualan.
Anzel
Scarf menampilkan dua rekaan iaitu plain dan bercorak dengan perincian
kristal dengan sebanyak 75 rekaan. Buat masa ini Anzel Scarf mempunyai
tujuh master stokis di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri
Sembilan.
Sementara
itu, majlis turut menampilkan jenama baju Abang Terlajak Laris (ATL)
pula dengan koleksi terbaharu jubah dan kurta kasual sempena hari raya
Aidilfitri akan datang.
Jubah
ATL menawarkan tiga rekaan terbaik dengan menggunakan kain jenis cotton
viscose, manakala Kurta ATL rekaan Fadli Sidek pula menampilkan dua
pilihan corak iaitu polos dan batik bercirikan Islamik moden (motif
arabesque). Menurut
pengasasnya, Dato Aliff Syukri, Jubah ATL menggunakan kain berkualiti
tinggi dan sejuk sesuai untuk dipakai mengikut cuaca di negara ini,
manakala kurta batik ATL pula menggunakan kaedah batik tumpat.
Selain
itu, ATL turut memperkenalkan jubah untuk wanita dan kanak-kanak
perempuan yang menampilkan rekaan polos dengan perincian swaroski.
Tidak ketinggalan juga, ATL menampilkan baju kurung model sedondon ibu
dan anak yang menggunakan corak abstrak.
Majlis
ini turut memperkenalkan jubah Kurta Zukiee yang merupakan inspirasi
daripada selebriti media sosial terkenal Zukiee. Jubah itu juga
menggunakan kain berkualiti tinggi dan sejuk dipakai. Menurut
Zukiee, dia mendapat ilham apabila ramai anak muda yang gemar memakai
fesyen tersebut yang lebih ringgas dan mudah untuk dipakai di mana-mana
majlis. Kurta Zukiee menawarkan tiga rekaan dengan enam warna berbeza
semestinya menarik perhatian golongan muda untuk menggayakannya.
0 comments: